Selepas beberapa hari kemudian, kehidupan kami sekeluarga berjalan seperti biasa. dalam beberapa minggu tiada gangguan oleh para makhluk halus. Selepas situasi tegang yang berlaku itu telah berlalu, iaitu Kemarahan Atuk saya.
Tetapi walaupun keadaan adalah seperti biasa, tetapi sebenarnya kejadian misteri ini belum berakhir lagi. Tiba lah masanya kami untuk menjadi budak nakal semula dan kami mulai beroperasi untuk bersukaria semula, pesta bersukaria untuk budak-budak kecil. Tahap kenakalan kami itu tak ubah seperti TOYOL!!, Panjat ke sana ke sini, menyusup ke sana ke sini, memanjat rumah banglo bapa saya yang baru bersebelahan dengan rumah usang kami itu. Kami bermain-main dan panjat memanjat rumah yang setinggi 2 tingkat itu yang di mana tingkat kedua rumah banglo itu mempunyai pagar yang tajam dan berbahaya.
Tiba-tiba tanpa tak disedari, ayah saya telah pulang rumah dengan kereta jenis land cruiser nya itu, lalu ayah saya ternampak saya dan kawan jiran sebelah rumah kami. Apa lagi... terus ayah saya keluar dari kereta dan menjerit ``APA KAMU BUAT DI SANA?!!" rakan sejiran saya semua pun berlarian seperti dikejar anjing ganas yang mengigit.
Dan ayah saya memanggil saya dan abang saya, dia bertanya... Siapa bawa orang-orang itu datang ke rumah?, Ayah saya bertanya seperti itu sebab dia memang tak suka rumah kami itu didatangi orang-orang yang tak rapat dengannya, walaupun mereka itu adalah jiran kami ayah say tetap tak suka dengan mereka. Ayah bertanya lagi, siapa bawa orang-orang itu?, saya cuma berdiam saja tetapi ayah saya terus menuduh abang saya yang dia lah yang membawa kawan-kawannya itu ke rumah.
Kami sangat ketakutan sebab ayah kami sangat ganas, pernah saya melihat telinga mama saya terkoyak dipukul oleh ayah, kadangkala tangannya digunting dan kepalanya dihentak oleh kaca sampai berdarah, jantung saya mulai berdegup.. dup dup.. dup dup!!. ``PAB!!" bunyi abang saya dipukul, abang saya dipukul tanpa belas kasihan, amat terseksa dia didera seperti itu, dicekik,ditumbuk ditendang abang saya cuba merayu jangan dipukul lagi.
Abang saya cuba menjelaskan hal yang sebenar tetapi terus menerus dipukul, tidak diberi peluang. Dia sudah tidak tahan menahan sakit dan merengek abang saya cuba berkata-kata. Sebenarnya budak-budak yang datang ke rumah itu kami tak undang pun, tetapi itu lah yang abang saya cuba jelaskan tetapi ayah saya terus berteriak ``KAMU MAHU BAWA BUDAK-BUDAK TU LAGI"?!!! dengan suara keras. Selepas puas memukul barulah ayah saya berhenti. Cukup terseksa abang saya itu.
Setelah dikaji dari dahulu dan sekarang, kini saya tahu mengapa orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir atau dirasuk oleh peliharaan makhluk itu mempunyai personaliti yang sangat berbeza daripada orang biasa, sifat kerasnnya itu tak berubah, mabuk atau tidak seperti itu sahaja la caranya, ada kelainan daripada orang yang Normal.
Saya mencadangkan rakan-rakan yang ada diluar sana, jangan sesekali mencuba benda-benda yang berasal daripada kuasa sihir. ya memang pada mulanya anda rasa macam biasa sahaja, tetapi apabila suatu hari nanti, anda terlepas pantang atau tidak dapat menunaikan permintaan si Roh jahat itu, ianya akan memakan tuannya sendiri, dan adanya perkara pelik akan berlaku kepada si pengamal itu.Adakalanya rambut anda akan mengugur sendirinya,atau anda tidak dapat tidur pada waktu malam, meraung di waktu petang, malam dan macam macam lagi.
Apatah lagi yang berkeluarga itu, beringatlah kesilapan takkan pernah lenyap. Kadangakala si pengamal sihir ini hanya hidup seperti biasa sahaja ketika di zaman hidupnya masih muda, ada orang yang tertarik dengan benda-benda macam ni lagi walaupun zaman moden. Mereka menggunakannya untuk tujuan-tujuan peribadi mereka, atau cuma untuk perlindungan mereka. Jika anda fikir begitu anda SUDAH SILAP!!.
Mengapa dan apakah silapnnya?.Manusia tak pernah sedar.. Adakah kita akan hidup selamanya?, semua manusia akan MATI!!, dan dimanakah anda selepas mati? anda harus fikirkan perkara ini. Saya pernah terdengar cerita di kampung kami. Si pengamal ini telah mati dengan susah sekali, sebelum meninggal banyak kejadian yang pelik berlaku pada Atuk kawan sekampung saya. Dia mengatakan
Atuknnya, bercakap seorang diri dan menjerit-jerit!! Katanya ``Apakah benda itu? ia datang kepada saya!! ITU DIA!!... ITU DIA!!... sambil melihat sekelilingnya seperti ada sesuatu benda yang menakutkan datang kepadanya.
Dia mati dengan susah sekali kata kawan saya itu. Oleh itu fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum menggunannya. Anda guna, anda rugi, generasi anda pun rugi.
Baiklah, kita berbalik kepada pengalaman misteri saya pula, dalam kesaksian yang lepas saya pernah menceritakan kenapa dan mengapa? ada diantara kami yang terbangun di waktu malam dan ke dapur misteri itu dan ke luar rumah dengan secara tiba-tiba.
Kami sebenarnya tak melakukan perkara itu dengan sengaja. Ada sesuatu yang mendorong kami, ada suatu ketika dahulu saya terbangun di waktu malam dan keluar dirumah, membuka pintu rumah dan turun melalui anak tangga, saya ternampak benda hitam yang berlalu-lalu seperti angin hitam dan berhenti di depan saya.
Masa itu saya terasa mahu terkencing, tetapi saya tidak menyedari yang saya berada diluar rumah itu, lalu saya pun membuka seluar lalu membuang air kecil sambil menunduk kepala dan selepas beberapa minit kemudian saya TERSEDAR!!, dimanakah saya ini?, Sungguh ganjil mengapa saya ada diluar rumah?.. dalam hati saya berkata... Lalu saya cepat-cepat naik ke rumah. Mak saya bertanya lagi.. ``Kamu mengigau lagi ka?!!, apa kamu buat diluar?" saya tidak berkata-kata saya terus tidur sahaja dengan penuh pertanyaan lagi.
Mulai dari saat itu mak saya selalu berjaga-jaga dan memerhati kami pada waktu malam. Ayah, mak serta Atuk dan saudara-saudara yang lain kemungkinan telah berbincang dengan hal ini iaitu perkara pelik kami adik beradik di waktu malam. kemudian dipanggil lah ahli sihir yang lain iaitu nenek saya (adik perempuan atuk saya). Dan nenek saya mengadakan ritual-ritual tertentu, saya tidak berapa ingat lagi apa yang nenek saya lakukan, tetapi sangat pelik ritual itu.
Dan kemudian gangguan telah berkurangan, tetapi masih ada lagi perkara yang pelik berlaku.
Selepas beberapa lama kemudian, saya termimpi ada gadis makhluk halus yang bogel dan sedang santai di bumbung rumah kami, ia da di celah-celah dinding atas rumah kami. Ia sedang memandang saya, wanita itu semakin saya pandang semakin ia memberahikan saya, seperti kami sedang disandingkan, lalu saya menuju ke arah wanita itu, ianya kemungkinan gadis bunian atau makhluk halus.
saya memandang wanita itu saya merasakan diri saya ini jatuh hati padanya kerana kecantikkan dia itu. Saya berjalan melaluinya sambil memandangnnya, wanita itu cuma tersenyum simpul sahaja. Saya melihat tubuh badannya yang seksi seperti Modelling. Tetapi sebenarnya saya sudah tertipu oleh muslihatnya. Syaitan sangat tahu kelemahan saya, mereka sudah lama mempelajari tentang diri saya.
ROH KELUAR DARI TUBUH
KINI(2012) saya tahu setelah dikaji, Sebenarnya saya telah ditipu oleh makhluk halus @ syaitan itu. setelah sekian lama setelah mereka mempelajari tentang diri saya, mereka mula memahami saya dan tahu cara bagaimana mendekati saya dengan mudahnnya. Wanita ini sebenarnya sangat hodoh!! saya ditipu sebenarnya. Mereka boleh berubah wajah daripada wajah hodoh menjadi sangat cantik dan indah malah melebihi kecantikkan daripada yang ada di dunia ini.
Saya telah pun menceritakan kepada anda di Kesaksian PART 2, yang di mana Syaitan @ makhluk halus akan mempelajari diri anda bagaimana mereka boleh mendekati anda.
Tetapi adakah anda tahu?. TUHAN SUDAH MENGENAL ANDA sebelum anda lahir. Oleh itu cari lah tuhan dengan sepenuh hati anda. Berdoa meminta petunjuk padanya.
Suatu malam saya termimpi, mimpi yang sangat ngeri dan tiba-tiba saya terbangun.
Alangkah terkejutnya saya!!. Bukan badan saya yang terbangun tetapi roh saya yang keluar dari tubuh saya.
Saya sungguh sangat takut!!, dan di alam roh saya dapat melihat roh makhluk halus itu, saya mendapati ada roh wanita yang agak kelihatan hodoh dan sangat putih.. lebih putih dari cat dan ia mempunyai taring, ia tidur di dekat tubuh saya, Perasaan saya ketika itu sungguh sangat hairan & takut, saya juga terlihat badan saya sendiri sedang baring disamping wanita putih bertaring itu tidur di sebelah tubuh saya itu. Saya takut lalu masuk semula ke tubuh saya. Dan saya terbangun.
Setelah roh saya masuk ke dalam tubuh saya sendiri, lalu saya terbangun dan bernafas seperti diserang asma. Walapun tubuh saya sudah masuk, tetapi saya masih nampak si wanita putih bertaring itu. Cepat-cepat saya mengambil selimut dan meliputi tubuh saya. Walaupun lampu dipasang saya masih terlihat kelibat wanita itu.
Jika saja anda betul-betul menghayati ketakutan saya ini, pastinya sungguh amat terseksa, apatah lagi kalau sering diganggu... Sungguh menyeksakan, ya memang SEKSA!! seperti sedang dibunuh!!.
Kenapa roh saya boleh keluar dari tubuh?. Makcik saya pernah mengatakan sejak zaman dulu-dulu, moyang-moyang di kampung kami mengamalkan ilmu sihir, untuk tujuan perlindungan, tetapi kini bila saya menyedarinya konsep perlindungan moyang kami ini sudah SALAH!!. Kasihan sungguh, apabila tiba ajal mereka, mereka akan mengalami keperitan dan rasa tersiksa bila di hujung maut.
Ilmu-ilmu yang diamalkan ada pelbagai cara saktinya iaitu Ghaib, berjalan di atas pokok, membunuh cara sakti dan bermacam-macam lagi, Makcik saya pernah berkata tentang moyang kami ada situasi di luar jangkaannya apabila dia terlihat moyang kami berjalan beberapa langkah sahaja ia sudah berada di tempat yang amat jauh sungguh menghairankan. Ada juga dia antara mereka mampu mendengar suara-suara yang bercakap tentang dia walaupun berada di tempat yang jauh.
Baiklah, mari saya jelaskan mengapa kami sering dipukau untuk keluar di rumah secara tiba-tiba, ini semua perbuatan oleh si syaitan itu. Akan tetapi mak dan ayah selaLU BERJAGA-JAGA PADA WAKTU MALAM untuk memastikan kami tidak berbuat seperti itu lagi dan ritual perlindungan yang digunakan oleh nenek saya masih belum berkesan.
Saya sangat ingin menyatakan kepada anda semua, perlindungan yang datang daripada sihir sangat menghampakan. Kesemua sekali apapun bentuk perlindungan yang berasal daripada ahli-ahli sihir yang ada di seluruh muka bumi ini sangat menghampakan!!. Contohnya jika anda sakit anda pergi berjumpa bomoh, biasanya ada pengerasnnya seprti duit la, syiling la dan banyak lagi termasuk yang pelik-pelik.
Tetapi selepas didoakan oleh si bomoh anda kemungkinan terus sembuh, dan akhirnya kembali lagi sakit penyakit tersebut dan anda mulai mencari si bomoh lagi dan makanya si bomoh beruntung lagi kerana dia mendapat pengeras yang dia minta. Tetapi kadang-kadang ada bomoh yang tak meminta apapun, tetapi jika anda berharap pada bomoh @ ahli sihir, anda akan menyesal di kemudian hari nanti. Sebab konsep perubatan yang diamalkan oleh bomoh @ ahli sihir adalah berasal daripada syaitan.
Anda pernah dengar tak tentang perbuatan menipu oleh si Bomoh?. Ada banyak cerita yang negatif tentang bomoh ini. Yang sedihnya, mangsa mereka iaitu wanita, dipukau dan memuaskan nafsu mereka terhadap wanita itu dan banyak lagi.
Jika anda benar-benar tahu, anugerah penyembuhan & perlindungan yang diberi tuhan bukan untuk dijual, ianya percuma sahaja asalkan anda bertobat & berharap kepadanya.
Seseorang itu hanya akan dapat menemui tuhan yang sebenar jika ia mencari dengan sepenuh hati dan berdoa meminta petunjuk daripadanya.
Saya dahulu tidak pernah percaya, adakah tuhan itu WUJUD?. Pada pendapat saya sebelum mengenal tuhan, pendapat saya iaitu manusia hanya akan menjadi debu tanah bila sudah ajal sampai. Sungguh amat silap sekali tanggapan saya itu. Saya berani Katakan Tuhan itu Wujud. Saya sudah merasa hadirat tuhan. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana saya menemui tuhan yang maha kuasa. Mungkin anda ingat saya BERBOHONG?. Saya katakan tidak!! saya akan jelaskan kemudian.
Kita berbalik semula pengalaman roh saya. Lama kelamaan saya sudah biasa dengan kejadian roh keluar dari tubuh saya, sebab dengan sendirinya ia keluar. Saya merasakan yang ini juga adalah salah satu sakti ilmu ghaib dari barang peninggalan nenek moyang kami tersebut. Kerana saya tersentuh dan terpakai beberapa barang ilmu ghaib tersebut kemungkinan itu lah roh saya keluar dari tubuh saya. Saya pernah memakai cincin yang sangat ganjil ukirannya, cincin itu diperbuat daripada emas atau tembaga.
Di alam roh ini, sebenarnya saya pun belum tahu sangat bagaimana cara ,menggunakannya & mempraktikkannya. Semenjak roh saya keluar dari tubuh, saya boleh melihat makhluk-makhluk halus di sekiling rumah kami, ada makhluk kecil mempunyai topi seperti THE Witch, kalau di movie anda pasti terlihat the witch yang terbang menggunakan penyapu, seperti itulah topinya, hidung makhluk itu tajam, wajahnya serta tubuhnnya seperti diperbuat daripada sumber ranting kayu yang kecil, dan makhluk itu bersaiz kecil seperti burung. badannya seperti diperbuat daripada kayu dan rumput yang selalunya burung gunakan untuk membuat sarang.
Ia terapung-apung dan banyak lagi makhluk yang lain. Tetapi ada satu makhluk yang berbentuk kerangka manusia yang mempunyai sedikit kabus hitam dan tengkoraknya dipenuhi asap hitam didalamnya, kerangka itu putih cuma matanya hitam, tiada anak mata. Roh saya dan rangka tersebut selalu bermain-main, lama kelamaan saya menganggap dia seperti keluarga saya sendiri dan dia seperti abang saya. Dalam alam roh itu, setelah puas bermain-main, saya nampak si rangka tulang itu meminum sesuatu.
Lalu saya pun meminta daripadanya, dia seperti meminum sesuatu dalam tengkorak kepala . ia mendapatinya di sekitar kawasan rumah kami, kami sering bermain-main di bawah rumah kami atau biasanya kalau di kampung kami menyebutnnya bermain di bawah kulung. Roh saya tembus menembus saja di dinding dan saya dapat melihat ada 2 roh yang berwarna putih berpusing-pusing mengelilingi rumah kami.
Dalam alam roh itu juga saya boleh melihat terus menembusi dinding-dinding, tetapi masih ada sesuATU yang tak kena sebab saya masih belum dapat mengawal ini semua. Tidak lama kemudian saya tidak pernah menemui si rangka itu lagi. Saya tidak pernah menjangkakan yang si rangka putih ini sebenarnya sudah tinggal dalam tubuh saya, Tetapi saya tidak sedar yang si rangka putih berkabus hitam ini tinggal dalam tubuh saya. Bagaimana saya telah mengetahui si rangka ini telah tinggal dalam badan saya. Dan adakah si rangka bertumbuh membesar juga?. Saya akan terangkan kemudian.
Selepas kejadian ini, diri saya mulai bertambah pelik lagi. Satu hari Apabila saya mendekati kucing kesayangan saya yang sebelum ini sangat peramah dan comel perangainya, pada mulanya kucing kami itu tenang sahaja tetapi tiba-tiba ia melihat wajah saya dan terkejut!!! dia memandang di sisi saya seperti ada seseorang, lalu ianya mengerang seperti bertemu dengan anjing, biasanya anjing dan kucing kan bertengkar, macam itu lah kucing itu mengerang.
Akan tetapi saya melihat sekeliling saya dan yang ada hanya saya dan kucing itu sahaja yang ada di rumah kami masa itu. Hairan saya mengapa kucing itu tiba-tiba berkelakuan seperti itu.
saya juga berkelakuan pelik seperti, saya selalu pergi di bawah rumah(bawah kolong) rumah kami.
apabila saya nampak semut-semut dibawah tanah itu. Dan saya akan katakan dan memilih semut-semut tersebut, saya katakan begini pada semut-semut itu ``kau adalah abang saya kemudian semut yang lebih kecil yang saya pilih itu juga saya katakan Kau adalah adikku" semut yang lain saya putuskan kepalanya. Lalu saya menjadi resah dan mahu menangis saya terlihat banyak semut berjalan dan mulai bingung memilih yang dimanakah abang dan adik saya.
Apabila saya bermain di bawah rumah( bawah kolong rumah) apabila saya berjalan-jalan melalui tiang-tiang rumah itu, apabila selesai bermain-main, saya mesti patah balik bagaimana saya melalui tiang rumah itu, saya mesti kembali dari akhir dan ke asal bagaimana saya melalui tiang-tiang rumah itu. Kalau tidak saya akan resah, susah hati dan tidak aman.
Adik perempuan saya serta sepupu saya pernah mengajukan soalan kepada saya. Kerana mereka katakan kenapa badan kamu seperti getah?, badan kamu seperti getah lastik, pandai mengenyal kata mereka. Tetapi saya tak tahu, kerana saya tidak menyedarinya.
Kata atuk saya orang yang kena ilmu hitam ini tidak berjalan lurus ketika berjalan, kelihatan mabuk, kepala seperti dipotong. Dan kalau saya ke sekolah rakan-rakan saya menyatakan perkara yang terjadi kepada saya sama seperti apa yang atuk katakan pada saya.
Bersambung...


No comments:
Post a Comment