Tuesday, 21 February 2012

Kesaksian PART 1 (Bertemankan Syaitan).

Ini adalah kisah benar. Saya ingin berkongsi cerita hidup saya sebelum saya mengenal tuhan. Cerita ini bukan rekaan semata-mata, ianya berdasarkan mengenai dengan kehidupan saya ketika dahulu dan kini. Sila baca beramai- ramai, jika anda seorang yang takut akan Syaitan @ Hantu.

Bersaksilah selagi masih hidup, sebab hidup ini amat singkat,

Tuhan memberkati..


Saya Mempunyai Keupayaan Melihat Roh Halus. Semenjak saya tersentuh peralatan ilmu ghaib @ ilmu kegelapan dengan secara tak sengaja..

Shalom & puji tuhan, halleluyah Tuhan,Jesus dan roh kudus. Saya yang bernama Roslan Asron, yang telah dilahirkan di KG. Magatang keningau Sabah Malaysia. Saya menulis cerita yang benar ini pada Jam 9:20pm hari khamis 16/february/2012.

Selagi masih bernafas, masih diberi peluang oleh tuhan untuk terus hidup di dunia, Saya ingin bersaksi. Terlebih dahulu saya memohon maaf andainya blog saya menganggu anda. Maaf segala kata-kata kasar. Tetapi dengan ikhlas,jujur saya katakan, inilah kesaksian saya yang sangat-sangat saya ingin mahu kongsikan.



Saya dilahirkan di sebuah keluarga yang berkecukupan, tetapi tidak cukup panduan dalam mempercayai jalan tuhan. Dalam keluarga saya, ayah saya jarang bercakap-cakap dengan kami, kerana terlau sibuk bekerja & menguruskan hal-hal bisnes. Tetapi selepas beberapa tahun, bisnes ayah saya telah Bankrap habis!!. Walaupun saya punyai keluarga yang tidak sempurna, tetapi saya tetap berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi mereka semua.

Sebelum dan selepas mengenal Tuhan, Hidup saya jauh berbeza daripada yang lalu. Kini setelah percaya Tuhan, hidup saya diberkati, rasa aman, punya semangat hidup yang luar biasa, ada penghiburan, sukacita dan ada hal-hal ajaib yang berlaku pada saya bila memohon pertolongan pada tuhan.


Di sini saya ingin menceritakan kisah hidup saya sebelum mengenal Tuhan. Di rumah lama kami, rumah yang dibina sekitar 40 atau 50 tahun yang lalu. Ketika itu nenek moyang masih ada lagi, dan sebelum lahirnya saya rumah itu sudah didiami oleh nenek moyang saya, dan sehingga kini rumah itu masih ada tapi sudah Usang.


Jika saya ingin menceritakan lebih dalam lagi mengenai rumah yang lama kami tinggalkan itu, naik Bulu Roma saya!!. Tetapi dengan kasih tuhan, saya diperkuatkan supaya tidak takut lagi. Rumah itu telah disimpan di tempat tertentu dan dipasang barang-barang peninggalan ilmu hitam, sihir ada di merata dinding atas dan bawah.


Apa yang menakutkan saya , semasa kecil saya selalu nampak benda-benda yang halus, mengerikan, menakutkan.. Betapa terseksanya saya pada masa itu, kerana ketakutan yang tak terhingga. Ketakutan saya itu seolah-olah membunuh saya. Kerana ia menganggu degupan jantung saya, jantung saya berdegup dgn sangat kencang!!.

Mau saya letak gambar-gambar seumpama yang saya lihat di rumah lama kami itu di sini?..

INI DIA!!











Sebenarnya lebih teruk daripada ini. Yang ini cuma biasa-biasa saja jika dibandingkan pertemuan secara langsung dgn makhluk-makhluk kegelapan ini...

Kadangkala saya bertemu dengan seorang perempuan yang seakan akan seperti Ratu Bunian. Sangat Cantik, memberahikan. Tetapi yang tidak enakknya itu, Ratu Bunian itu
Sering mendekati saya ketika waktu malam. Saya benar boleh@bisa melihat Makhluk itu tidur bersama-sama saya pada waktu malam... Makhluk itu berwarna putih mempunyai taring & kelihatan indah, Tetapi ia sebenarnya HODOH!!, Ia tahu cara mendekatkan diri padaku dengan tipu muslihatnnya iaitu berubah menjadi sangat cantik.


Saya boleh katakan Rumah itu sangat JAHAT, dan dipenuhi roh syaitan, sebab kerap kali, ada sepotong tangan yang selalu tidur di dadaku pada setiap malam. Yang kepunyaan oleh seseorang yang berjubah putih rambut panjang kepala terbalik, biasanya kalau seperti kita wajah kita memandang ke depan. Tetapi kalau makhluk itu kepalanya arah bertentangan, kepala ke memandang ke belakang.


BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment