Thursday, 23 February 2012

Kesaksian PART 2 (Temanku Syaitan)

Saya akan bersaksi bagaimana kehidupan saya sebelum mengenal Tuhan.

Makhluk yang berjubah putih itu tingginya melebihi daripada 7 kaki, lebih kurang dalam 8 kaki atau 9 kaki. Pada asalnya, saya selalu tertanya-tanya dalam hati, dari mana asalnya sepotong tangan itu?, kenapa ia suka tidur di dada saya?, dan bila ia hadir untuk mendekat saya pada waktu malam, ia sungguh tidak menyenangkan. Ia memaksa saya untuk brsamanya, seperti mahu ditemani tapi memaksa dengan seperti mengikat tubuh badan saya dengan suatu aura kuasa yang tak menyenangkan.

lihat contoh di bawah ini







ianya seperti tangan manusia yang tidak mempunyai darah, sangat pucat berwarna putih yang seperti sudah tidak ada darah dalamnnya. Tetapi yang mengherankan saya, kenapa di pergelangan yang terputus itu punya darah tapi sangat pucat?. Saya mulai terganggu, dan menceritakan kepada ibu saya.

Mak saya sangat cemas dan takut, kadangkala mak saya cakap itu cuma mungkin mimpi sahaja atau cuma ilusi, tetapi yang mengherankan saya, Adik perempuan saya pernah sakit, dan pada waktu petang itu dia mulai tertidur, dan sebelum tertidur, dia katakan pada saya dan mak saya, MAK!! mak~ dan semakin layu untuk berkata-kata kerana mau tertidur,

katanya kenapa di dapur itu dindingnya mau terjatuh?, cepat-cepat pergi ambil tukul dan pakukanya semula, kami semua memandang ke arah tempat yang dia tunjukkan itu. Tetapi tiada apa-apa pun yang berlaku. Saya dan mak saya memandang antara satu sama lain dengan kebingungan. Sebenarnya saya pun pernah terdengar sesuatu di dapur itu pada waktu malam, Saya terdengar seperti ada orang memasak, menetak sesuatu, bunyi bising seperti meja-meja di dapur itu diheret, semua barang dapur ditolak ke mana-mana arah.

Saya juga pernah pergi ke dapur itu pada waktu malam, seperti saya dipukau untuk ke tempat itu. Dapur itu sangat gelap kerana tidak berlampu, masa itu saya tidak hirau atau takut apa-apapun. Saya tidak tahu kenapa, tetapi ada sesuatu yang mendorong, saya terus berjalan ke dalam dapur itu, dan akhirnya saya sampai ke destinasi itu, Lalu saya dengan secara automatik tangan saya membuka pintu yang di mana tempat itu ayah, atuk dan mak tempat mereka menyimpan tempayan yang besar.


Saya membuka pintu itu dan lalu saya terlihat sesuatu yang sangat hodoh!!
ianya seakan-akan seperti gambar di bawah. Saya cuba mencari gambar persamaan tetapi ini sahaja yang saya dapat. Jika saja saya pakar dalam lukisan pasti saya akan melukis dan mewarnanya.








Hidungnya dan matanya tajam, kulit seperti tidak ada, seperti mukanya tiada kulit dan merah, mukanya seperti penuh dengan kecederaan. Makhluk itu cuba memeluk saya, lalu saya pun dipeluk, saya rela sahaja tetapi perasaan saya sangat cemas dan takut, saya ingin berlari tetapi saya seperti dipukau. Saya merasa amat tersiksa kerana perasaan seram yang tak terperi. Dan makhluk itu bukan keseorangan ada ramai lagi. Ada yang bersaiz kecil warna hitam dan ada yang besar, dan macam-macam jenis makhluk lagi. Selepas mereka puas bermain-main dengan saya, mereka lenyap dan saya pun berjalan dengan perlahan lahan. Dan apabila saya telah tertidur di tilam, iaitu tempat saya tidur.

Saya tidak pernah sedar bagaimana saya kembali semula ke tempat tidur saya. Tetapi mak dan ayah saya pernah bercerita dengan saya, semalam kamu mengigau ka?, bangun-bangun sahaja terus berjalan entah ke mana, pergi dapur la, pergi di luar rumah la. Peliknya kamu kata mereka pada saya. Kes ini bukan terjadi pada saya sahaja,abang saya pun pernah kena. Dia bangun pada waktu malam dan tiba-tiba sahaja pergi ke luar rumah pada waktu malam buta itu, mak saya tarik tetapi dia tak peduli seperti mahu ke tempat sesuatu. Hal ini menjadi tanda tanya lagi. Tetapi tidak lama kemudian terbongkar juga kes misteri ini, pertanyaan saya iaitu mengapa adik-adik & abang-abang saya mengigau dan terus ke luar. saya akan ceritakan kemudian.




Pada hari-hari seterusnya, saya pergi ke sekolah. Anda tahu taK?!!, Bila kehidupan kita tidak punya Tuhan, hidup sangat menderita apabila sumpahan yang diwarisi turun temurun menganggu kita, bila kita diganggu macam-macam hal yang akan terjadi contohnya seperti sakit-sakit dan ada pelbagai lagi kes.

Ketika saya pergi ke sekolah, pada pagi itu. pada masa itu saya di darjah 3, secondary school. Dalam kelas itu sedang cikgu mengajar, tiba-tiba saya rasa tak selesa, seperti sesuatu ada plastik terbakar didalam tubuh saya, dan saya juga tercium bau hangus itu.

Kawan-kawan sekelas juga sangat heran melihat reaksi saya, yang tiba-tiba menjadi pucat, selepas beberapa mingggu kemudian saya juga mengalami ketumbuhan di leher saya secara tiba-tiba. Saya ingat ini cuma lah penyakit yang biasa-biasa sahaja,akan tetapi ianya datang daripada seseorang.


Tidak lama kemudian adik saya pun kena juga, tapi dia tumbuh di dahi


Adik saya yang benama Jeromie. Adik yang disayangi dan saya amat sayang adik-adik saya semua. Tetapi lama kelamaan, saya mulai perasan dari mana semuanya ini datang & berpunca. Saya telah mendengar daripada jiran sebelah saya, yang dimana mereka sangat cemburu dengan harta benda yang kami ada, saya terdengar dan mereka tak tersedarnnya. Mungkin mereka ingat saya tak tahu, Orang itu berkata dia mempunyai kemampuan untuk menumbuhkan sesuatu di dahi di leher, sakit penyakit, pergaduhan dalam keluarga, semua kami sekeluarga itu memang kami pernah alami.

Dalam kes ini, sesiapa yang tak mempercayai Tuhan, memang ia akan mudah ditembus oleh kuasa-kuaSA ilmu sihir.

Berbalik kepada cerita saya dengan cerita saya mengenai makhluk-makhluk halus @ syaitan, iaitu sepotong tangan, saya cuba mencari dari manakah ianya datang. Pada suatu petang selepas waktu sekolah, abang saya yang bernama Ronny mengajak kawan-kawan ke rumah kami itu.

Mereka berbual-bual serta bergurau, berjenaka dan tak lama kemudian, abang saya juga bercerita pengalaman yang pelik yang di mana datuk saya menyimpan kepala yang seakan akan seperti kepala kerbau yang di awet dan dicat utk mengekalkan bentuk yang asli.. tetapi ianya seakan-akan kepala kerbau yang diperbuat daripada kayu yang reput, kerana ianya sudah terlalu lama disimpan tetapi ia memang asli diambil daripada kepala haiwan, ia mempunyai tanduk yang tajam tetapi ditumpulkan sedikit.

Abang saya kata kepala haiwan itu boleh terbang, terutama sekali pada waktu malam.
rakan sejiran kami pun pernah tidur semalaman dengan kami di dalam bilik misteri itu. Dia juga mengatakan perkara yang sama. Kepala itu terbang katanya.



Kemungkinan kepala itu telah disimpan dari turun temurun dan diwarisi turun temurun sebab itu lah ia kelihatan usang. Abang saya kata, ``semalam saya dengan adik(abang sya yang ke-5) saya tidur di bilik" kami bermain-main dan menyentuh barang-barang yang atuk simpan di sekeliling bilik itu, barang yang disimpan di atas berdekatan bumbung rumah dan dinding-dinding rumah.

Rumah peninggalan nenek moyang kami itu sangat banyak barang-barang yang pelik!!, seperti tombak, pedang yang di ikat rambut di bahagian pemegangnya, saya pun tak tahu rambut apa itu, selain dari itu saya juga pernah membelek-belek satu benda yang amat saya kenali iaitu lutut. Ianya seperti lutut manusia dan banyak lagi, dari yang objek yang kecil sampai ke objek yang besar.





Semakin lama, setelah kejadian yang misteri itu, saya semakin terbiasa dengan situasi-situasi itu. Dan semakin lama makhluk-makhluk itu mengacau saya, saya seperti sudah terbiasa, Adakah anda tahu?, Syaitan akan mempelajari tentang diri anda bagaimana mereka mendekati anda dan menggunakan anda. Mereka sangat-sangat memerlukan tubuh kita untuk didiami dan berehat didalam tubuh kita, oleh itu tak hairan lah kalau ada perkara-perkara pelik berlaku pada orang itu seperti jika bulan mengambang, orang itu akan memandang ke bulan sampai ia terbenam, bercakap-cakap seorang diri dan meraung pada waktu malam dan macam-macam lagi.

Kadangkala mereka berbicara dalam bahasa yang tidak dipahami, sebenarnya mengapa perkara ini TERJADI?!!. Begini saya terangkan, Pada suatu ketika dahulu nenek moyang yang memelihara makhluk halus @ syaitan, dan setelah mereka mati makhluk itu akan mencari warisannya melalui Generasi keluarga anda yang seterusnya, benda ini memang akan mengikuti mereka yang mempunyai nenek moyang yang pengamal Kuasa kegelapan. Adakalanya makhluk halus berjalan secara beramai-ramai dan apabila menemui tubuh yang kosong, maksud saya roh mereka yang lemah kerana tiada perlindungan daripada roh yang MAHA KUASA.

Apabila didiami oleh syaitan @ makhluk halus dalam tubuh seseorang, makhluk itu juga akan bertumbuh dan membesar, seperti anak kecil yang akan menjadi dewasa. Mengikut pengalaman saya, saya pernah berteman, berkawan dengan Makhluk kegelapan ini dan saya tek pernah tahu ia sebenarnya tinggal dalam tubuh saya. Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa saya tahu ia tinggal dalam tubuh saya?, Saya akan ceritakan kemudian, teruskan membaca.


APA AKIBATNYA MEMELIHARA MAKHLUK HALUS, APA YANG TERJADI JIKA IANYA TERABAI?


Pernah terjadi suatu keadaan yang pelik dalam keluarga saya. Sekitar tahun 2000,saya tinggal di satu pejabat yang disewa oleh ayah saya yang terletak di bandar. ketika saya terbangun dari tidur pada waktu pagi, saya terlihat datuk saya dengan matanya yang terbeliak memandang saya, dia seperti tidak PUAS HATI akan sesuatu, wajahnya seperti jutaan pertanyaan & kakinya tidak menyentuh tanah dan tiba-tiba ia berjalan menembusi dinding ke arah bilik mandi, dia bergerak seperti angin. Saya terlihat kelibat datuk saya itu pada waktu pagi sekitar jam 7 pagi, dia hanya muncul beberapa saat sahaja, hanya dua KEDIP mata saya dan terus dia berlalu seperti angin.


Dalam hati saya, mungkin itu cuma bayangan sahaja. Saya bangun dan mahu pergi kamar mandi. Sebelum ke kamar mandi, tiba-tiba abang saya membuka pintu bili saya lalu memberitahu pada saya, ``katanya hari ini jangan pergi sekolah, Atuk sudah menninggal". Dengan selambanya saya mendengar berita itu dan tidak mempunyai apa-apa perasaan kerana saya dengan atuk memang tak pernah rapat. tertanya-tanya dalam hati saya, tadi saya nampak atuk.. ke mana sudah dia pergi?. Keadaan menjadi bertambah pelik apabila kain-kain yang atuk tinggalkan di tempat saya tinggal itu menjadi berulat, Ulatnya sangat banyak, seperti kain-kain itu adalah mayat. sungguh busuk!!.






Baiklah, kita berbalik semula pada cerita makhluk sepotong tangan itu.


Kerap kali tangan ini selalu mengganggu. Saya terkejut di waktu malam dan si sepotong tangan itu tidur lagi di dada saya. Saya memegang tangan itu dengan memejam mata serta ketakutan lalu membuang ia, Waah!! dalam hati saya, betul-betul ada bunyi ketika saya membuangnya. Saya membuang di lantai bambu, kerana rumah kami itu beralas bambu. Saya membuang tangan itu dan berbunyi ``PLAK!!" ia seperti betul-betul daging. Cuba anda hentakkan tapak tangan anda dengan perlahan di lantai simen atau anda mengambil sepotong daging sebesar genggaman tangan anda lalu menjatuhkannya di permukaan simen, seperti itu la bunyinya. Saya merasa sungguh sangat seram!!. Degupan jantung saya mula kencang lagi!!. Saya tidak berani membangunkkan ayah saya atau mak saya, saya terus tidur.

Dan di hati saya semakin kuat pertanyaan, dari manakah tangan itu berasal?, apakah penyebab ini semua?, mengapa kami diganggu?. Apa salah kami sampai diganggu seperti ini?.

Dan selepas itu beberapa lama kemudian, saya mulai menceritakan dengan sungguh-sungguh pada mak saya mengenai pengalaman itu. Tetapi sedihnya bila budak kecil bercerita, saya terus dimarahi, dipekik ``KAMU TU ADA-ADA SAJA!! jangan mengada-ngada!!" kata mama saya kepada saya.. Pada masa itu sekitar tahun 90an, sungguh sakitnya hati bila budak comel ini bercerita dengan sungguh-sungguh dan penuh pertanyaan tetapi dimarahi pula ''OH!!! sedihnya!!~, Mulai la saya merajuk.






Tiada siapa yang memperdulikan kisah benar cerita seram saya, mau bercerita dengan ayah saya jangan diharap. Pandang muka saya pun tidak, senyum pun susah. Apa lagi kalau bawa bercerita. Yang setia mendengar cerita saya adalah abang saya yang nombor dua dan kakak saya, sangat Excited bila bercerita dengan mereka. Saya tanya terus dijawab dengan senyuman yang mesra dan membuatkan saya sangat senang dan damai.

Tapi sayangnnya pada masa itu, mereka telah berpindah ke bandar untuk bersekolah, sebab di kampung jauh dengan sekolah menengah.


PERISTIWA MISTERI TERUNGKAP



Selepas kira-kira hampir beberapa bulan lamanya, Akhirnya Si pemilik sepotong tangan itu munculkan diri, ia berdiri di pintu bilik yang agak gelap, sambil memegang tangannya yang terputus.


lihat gambar diatas dan bayangkan sebelah tangannya terputus sambil memegang tangan yang terputus itu di tangannya yang sebelah lagi, tangan itu berdarah dan ia sangat tinggi, rambutnya terurai ke depan, ia berdiri dan sepertinya ia tinggal di antara barang peninggalan di rumah kami itu. Makhluk itu seakan-akan meminta balik apa yang telah hilang daripadanya, seperti ia menagih hutang dengan saya.


ATUK KAMI MEMARAHI KAMI!!


Masa itu dia belum meninggal lagi, kemungkinan dia telah mendengar segala perkara pelik itu berlaku, lalu pulang lah Atuk saya dari kebun yang sudah menjadi tempat tinggal mereka dengan nenek saya.

Masa itu kami sekeluarga berada di rumah itu, dia terus datang dan tergesa-gesa serta cemas memeriksa barang-barang peningalan tersebut iaitu barang-barang sihir turun temurun. Setelah memeriksa barang-barang itu semua.. lalu dia BERTERIAK DAN MENJADI SANGAT MARAH!! `` Siapa yang kacau benda-benda ni semua?!!". Dia memarahi MAK saya terlebih dahulu, dan mak saya ketakutan lalu keluar dari rumah itu, sebab Atuk dengan Ayah sama saja kalau ada hal yang buat mereka marah, terus memukul, sangat ganas memukul dengan rakus tahap Syaitan!!. Sehingga abang saya yang anak pertama, terikut macam perangai mereka. Sangat ganas!! sikap marah tahap pembunuh.


Dan Atuk saya bertanya, siapa kacau ni semua?!!, Atuk bertanya dengan saya, tapi saya tak dapat berkata-kata, lepas itu abang saya yang nombor ke 4 ini ditanya oleh atuk, lalu abang saya mengaku. sebab dia ni jenis yang mengaku, kalau dia terambil duit atau apa-apa, dia akan mengaku bila ditanya ayah saya atau atuk saya. Punya lah marah atuk saya. Memang saya dan abang-abang,adik-adik saya pernah kacau benda sihir tu semua. Pernah dipesan jangan dikacau benda tu, tapi kami tak endah sahaja, budak-budak lah katakan. Budak-budak mana lah menghirau sangat.

Barang peninggalan nenek moyang tu memang pelik, pernah kami membongkar satu tali pinggang berwarna merah yang setiap petaknnya diisi benda-benda seperti tulang-tulang kecil, tahi burung, kayu-kayu yang sumbernya tidak diketahui. peti tin kecil yang mempunyai isi tulang panjang daripada sumber yang tak diketahui.







Puas kami mencari benda-benda itu semula, tetapi kami tidak dapat cari. Atuk kami menyuruh kami mencarinya sampai ditemui. Kami sudah sangat bosan mencari, sehingga kami memberi apa sahaja yang kami nampak. Lalu kami terjumpa batang mancis dan memberi kepada Atuk. Mata Atuk terbeliak melihat kami dan sangat marah, lalu memarahi kami dan mengamuk dan seperti mahu memukul, lalu kami berlarian ketakutan.

Selepas reda kemarahan Atuk, terus dia memandang kami yang berada diluar rumah. seperti seakan-akan ada sesuatu yang akan berlaku dan dia takkan mengambil tahu lagi, mungkin itu lah maksud wajah yang dia lemparkan pada kami. Terus saja dia berjalan dengan tenang.


Tetapi memang sudah jelas dari mana datangnnya gangguan-gangguan makhluk halus itu, ianya berasal daripada barang-barang warisan itu.

AKAN BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment