Jurang pemisah antara tuhan dan manusia adalah dosa. Dosa yang menyebabkan perlunya kristus datang ke dunia ini.
"...Lihatlah Anak Domba Allah, yang menghapus dosa dunia!!" (Yohanes 1:29).
Dosa adalah pemberontakan terhadap tuhan; iaitu tidak mentaati kehendak-nya.
"Semua perbuatan salah itu dosa... "(1 yohanes 5:17). Dosa adalah buah dari keadaan manusia yang berada dalam dosa. Kita adakalanya melakukan dosa dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Seseorangtergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat. Apabila dia menuruti keinginanya yang jahat itu, maka lahirlah dosa ; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian."
(Yakobus 1:14-15).
Satu langkah penting untuk membuka jalan mengenal kristus secara peribadi ialah menyedari betapa beratnya dosa dalam hidup kita.
" Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada allah , Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah. "( 1 Yohanes 1:9).
No comments:
Post a Comment