Friday, 25 November 2011

Tuhan itu wujud, Tapi ada caranya untuk merapati tuhan, atau berkomunikasi dengannya..

Kadangkala ada orang yang masih belum tahu & punya pertanyaan-pertanyaan, adakah tuhan itu wujud?. Dan ada orang yang mempercayai tuhan, tetapi tidak sungguh-sungguh
dengan tuhan. Maksudnya masih melakukan dosa seperti mencuri, berzina, berdusta dan banyak lagi dosa-dosa yang lain.


Bagaimana tuhan hendak berkomunikasi dengan anda kalau masih anda terikat dengan
dunia ini(Keinginan anda terhadap dunia ini masih ada). Jika saja anda percaya & menghormati dia(TUHAN). Segala sesuatu akan ditambahkan kepada anda. Bahkan melebihi daripada yang anda tidak sangkakan.


Saya memahami adakalanya kebendaan dalam dunia seperti wang, memang ianya sangat penting, dan ada banyak kebendaan dalam dunia ini lagi. Tetapi adakah ianya kekal selamanya??. Memang anda berhak apa sahaja yang anda inginkan dalam dunia ini.

Seperti saya, saya punyai perniagaan dan ekonomi kewangan yang cukup baik. Tetapi
ini tidak akan kekal lama. Kerana Kita semua suatu hari nanti akan menuju Kepada penghujung yang harus berlaku & kita diwajibkan untuk melaluinya iaitu MATI!!.


INGAT!! anda tidak dapat menghentikannya. Anda tidak dapat menghalang waktu itu berjalan dengan pantas, anda tidak dapat menghalang ayah & ibu, saudara, adik-adik, kakak, abang dan orang-orang yang tercinta anda daripada meninggal dunia.


Jika anda sayang dengan keluarga anda dan orang-orang yang anda Cintai. Sila teruskan membaca.


Sebenarnya jika anda teringin sangat mengenal tuhan. Ia tidak jauh daripada anda.
ia sangat dekat & sangat mengasihi anda, seperti saya sekarang ini, sambil saya menaip, saya dapat merasakan aura kasih tuhan, sehingga saya menangis & tuhan sangat mengasihi saya dan anda SEMUA!.

Mungkin masa ini anda punyai masalah. Banyak masalah, seperti masalah keluarga, kewangan, pekerjaan, kesihatan dan apa sahaja. Datanglah kepada tuhan, dan semuanya akan selesai jika anda sungguh-sungguh(Dengan Sepenuh Hati) berharap,berserah & memohon pertolongan daripadanya.


Walaupun anda pergi mana-mana gereja jika anda tidak bersungguh-sungguh mencarinya(TUHAN). Anda tidak akan menemukan kemuliaan kasih tuhan. Apatah lagi kalau anda ke gereja yang di mana adanya pemimpin yang bersikap tidak bertanggungjawab & mengajar anda hal-hal yang mendosakan anda. Contohnya seperti ini:

Pemimpin berkata begini. Anda tidak perlu takut apabila anda sudah mati kerana
roh anda akan disucikan. Tetapi bagaimana dengan cara kehidupan kita?. Adkah kita tidak perlu takut berbuat dosa?.. & lakukan sahaja apa yang kita inginkan seperti, Berzina, mencuri, berkelahi, menipu, membunuh & sebagainya??.

Dan siapakah pemimpin di gereja itu yang sanggup mengatakan kita tidak perlu takut, Sebab apabila kita mati roh kita akan disucikan.


Sila fikirkan semula.. Adakah orang itu pernah MATI dan HIDUP semula untuk memberitakan segala sesuatu yang akan terjadi apabila kita mati.

Sebelum saya membawa anda untuk berdoa untuk bertemu dengan tuhan, sila baca link-link yang sangat penting ini terlebih dahulu

(A):Orang mati dibangkitkan (Kisah Nyata with Pict= agak DP)


(B):Kesaksian Kesaksian berkunjung ke neraka


(C): Kesaksian Daud Tony-PERTAMA




Sila ke youtube dan taip Gilbert lumoindong untuk melihat videonya yang sangat penting dalam kehidupan anda.



Akhir sekali, saya memngajar anda bagaimana untuk bertemu atau ingin merasakan kasih, sentuhan tuhan. Tak perlu takut. Sebab tuhan mahu ingin anda mengundang dalam kehidupan anda. Selepas ini. anda akan mempunyai pembimbing dalam apa jua hal-hal yang baik. Tak kira lah kewangan anda, keluarga anda, bisnes anda, iman anda
semuanya ada penyelesaian dengan melaluinya satu-satunya anak tuhan iaitu YESUS KRISTUS.

Sebelum berdoa, bukakan hati anda, berserah, berharap padanya sepenuh hati. JIka saat ini anda punya masalah serahkan padanya semuanya dalam doa anda dengan sepenuh hati. Dan serahkan juga seluruh tubuhmu & rohmu kepadanya. Jangan ada yang tersimpan!!. Dan hati anda harus 100% fokus kepada tuhan.

Baca dahulu doa di bawah ini. anda boleh mengubah doa anda mengikut keperluan anda.
Yang penting dengan sungguh & hati yang penuh pengharapan.


ini doanya:


Ya tuhanKU PENCIPTA LANGIT DAN BUMI, YANG BERKUASA ATAS SEGALANYA. sebelum saya menaikkan doa ku kepadamu, pertama sekali ku ampuni semua orang yang bersalah terhadapku (nyatakan orang2 tersebut. dengan hati yang penuh dengan kesungguhan memaafkan orang yang telah bersalah terhadap anda.

(Akui Dosa anda Dan memohon keampunan padanya). YA TUHAN AMPUNILAH DOSA-DOSAKU& PELANGGARANKU. TUHAN AKU INGIN KAU MENGUASAI KEHIDUPANKU, KU SERAHKAN SEGALANYA YA TUHAN. BERILAH AKU BIMBINGAN SUPAYA AKU DAPAT MENGENALIMU LEBIH DEKAT LAGI. AKU MEMOHON AGAR ENGKAU DAPAT BERBICARA DENGANKU DAN MENJADI PEMBIMBINGKU.

SUCIKANLAH AKU DENGAN MELALUI ANAKMU YESUS KRISTUS. YA TUHAN KU SERAHKAN SEGALANYA YA TUHAN!!. SELAMATKANLAH AKU, KELUARGAKU, SAUDARA-SAUDARAKU & JIWA-JIWA YANG HAUS DENGANMU.

YA TUHAN MULAI DARI HARI INI KU MAHU HIDUPKU DIPERBAHARUI SELALU DENGAN KUASAMU YANG LUAR BIASA.
HANTARLAH MALAIKAT-MALAIKATMU, ROH KUDUS, ROH-ROH PENGHIBURMU KEPADAKU, SUPAYA AKU SENTIASA DIPERBAHARUI SETIAP HARI. TUHAN INI AKU YANG SANGAT HAUS AKAN KASIHMU, PERTOLONGANMU YA BAPA.

YA BAPA AMPUNILAH AKU DAN TERIMALAH AKU YA BAPA AKU SANGAT MEMERLUKAN ENGKAU.
TERIMA KASIH YA TUHAN KERANA MENDENGARKAN DOAKU. TERIMA KASIH BAPA (dengan perasaan yang sangat bersyukur). YA TUHAN INI LAH DOAKU DAN PERMINTAANKU. TERIMA KASIH YA BAPAKU YANG ADA DI SYURGA. DAN HANYA DALAM NAMA YESUS KRISTUS SAYA DAH BERDOA DAN MENGUCAP SYUKUR. AMIN.




No comments:

Post a Comment